skkalok.zoom-a.com
SK KALOK YBA2422
[PPD BETONG, 95700 BETONG, SARAWAK]
Tel : [083-465601], Faks : [083-465601]
GB : [019-4396447], e-mel : [skkalok@gmail.com]
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALU-ALUAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | GURU KAFA | PEKERJA SWASTA SEKOLAH | CARTA TS25 | UTILITI TS25 | BEKERJA DARI RUMAH SEMASA PKP | PANITIA | VISI MISI FALSAFAH PENDIDIKAN | SEJARAH | OBJEKTIF DAN DASAR KUALITI | DASAR SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | DOA SEKOLAH | KEPUTUSAN UPSR | PENGURUSAN RMT | ENROLMEN MURID | KURIKULUM | KOKURIKULUM | ALBUM SEKOLAH2 | PAUTAN PENTING | DOWNLOAD | KOLEKSI GAMBAR DAN VIDEO | KEHADIRAN RASMI (SEMASA PKPP) | REKOD KEHADIRAN MURID | PERKONGSIAN BAHAN e-KOLOKIUM 2020 | Untitled | Untitled |

 
Pintu Masuk Utama

Bangunan Pejabat dan Bilik Guru

Sekolah Kebangsaan Kalok atau nama ringkasnya SK Kalok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak dalam pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Betong.

Sekolah Kebangsaan Kalok, mula ditubuhkan pada tahun 1964 dengan sebuah bangunan yang hanya beratap dan berdindingkan daun nipah sahaja. Pada masa itu, SK Kalok hanya dikenali sebagai sekolah pondok dan belum ditadbirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru Besar pertama SK Kalok ialah Cikgu Mohamad Sharkawi bin Abdullah. Pada tahun pertama dibuka seramai 20 orang pelajar telah mendaftar dan didaftar untuk  memasuki darjah satu dengan seorang sahaja tenaga pengajar (cikgu), iaitu cikgu Mohamad Sharkawi yang juga selaku guru besar pada ketika itu. Pelajar terdiri daripada pelbagai peringkat umur awal kanak-kanak ini telah ditempatkan dalam sebuah kelas.

Pada 01 Januari 1977, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih pentadbiran sekolah ini dan mendirikan sebuah bangunan papan secara gotong-royong oleh penduduk kampung dan masyarakat setempat bagi menjalankan aktiviti PdP sepenuh masa. Walau bagaimanapun segala kemudahan lain adalah sangat terbatas.

Pada tahun 1986 bangunan baru dibina sebagai pengganti blok lama yang telah usang dan SK Kalok terus bertukar wajah. Kini, pada tahun 2019, berdasarkan data pada bulan Januari, Sekolah Kebangsaan Kalok mempunyai 321 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Kebanyakan pelajarnya berasal dari Kampung Kalok, Kampung Lot Kalok dan beberapa buah kampung sekitarnya. Kini, Ia mempunyai seramai 28 orang guru dan 6 orang staf bukan guru. Barisan warga sekolah dibimbing dan diketuai oleh En. BOLKIAH BIN BRAHIM selaku Guru Besar dan dibantu oleh 3 orang Penolong Kanan iaitu Pn. Asma bt Salaihi, Pn. Roslin bt Sebeli dan  En. Safie bin Mentali.

 
Bangunan Kelas

Bangunan Prasekolah

 
 

 


BLOG RASMIBUKU PELAWATPAGES FB RASMI


SK Kalok : Sekolah Transformasi 2025


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: