OBJEKTIF KUALITI
a. Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara di luar kawalan Sekolah Kebangsaan Kalok.
b. Memastikan pencapaian murid tahap 2 Sekolah Kebangsaan Kalok mencapai 75% lulus keseluruhan atau peningkatan 5% dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun dan UPSR.
c. Memastikan 100% murid Sekolah Kebangsaan Kalok mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara-perkara di luar kawalan sekolah.
d. 100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan.
e. Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Teguran Audit.
DASAR KUALITI
• Sekolah Kebangsaan Kalok komited untuk menyedia dan melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) serta meningkatkan keberkesanannya secara berterusan.
• Bagi memastikan tujuan ini, Dasar Kualiti beserta objektifnya disemak semula semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan. Dasar Kualiti ini disebar luas kepada seluruh anggota Sekolah Rendah Negeri Sarawak melalui media cetak, taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati.